Famili Raya Aidil Fitri

Famili Raya Aidil Fitri

Wednesday, November 17, 2010

BERSAMA RAKAN DI FINAS POST


PENGARAHAN FILEM DI FINAS


Seminggu aku bertugas sebagai Pensyarah KYS-Filem Dokumentari aku di hantar ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selama seminggu dan belajar cara-cara pengarahan Filem di bawah tunjukajar Tuan Syed Mohammad.Banyak benda-benda baru yang ku pelajari.

BERAKHIR TUGAS SEBAGAI WARTAWAN

18 Julai 2010.Tarikh berakhirnya tugasan aku di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA) yang berpusat di Sandakan selama 5 tahun.Pelbagai kenangan manis dan pahit ku laluai.Sejak 15 tahun bertugas di Bernama rasanya aku harus mengubah laluan hidup ku.Selama 15 tahun aku mengabdikan diri kini aku mulai berjinak dan akan menurunkan segala pengalaman yang ku timba selama ini kepada jenerasi baru akan datang.Perjalanan terakhir keluar melangkah pintu pejabat Bernama Sandakan dengan menuruni tangga yang aku cat pertama kali aku datang memang amat berat dan sukar untuk di ceritakan namun kini ku kuatkan semangat aku untuk memasuki alam baru meskipun jauh perbezaannya namun sedikit sebanyak pengalaman ku gengam selama ini akan ku turunkan sedikit demi sedikit ke Kolej Yayasan Sabah menerusi kursus Multimedia Artis Filem Dokumentari.